BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, October 21, 2010

G A G A L

Gagal itu akan jadi best apabila kita dah lali.. Tak percaya?? Tengok ni.



Betul kan..?? Gagal itu juga akan jadi satu benda yang kelakar bila kita memang takde hati untuk buat apa-apa pun. Kita takkan kisah jika kita gagal pada satu benda yang memang kita tak suka.


Tapi aku tak puas hati kenapa aku gagal..?? Markah aku lebih separuh dari markah penuh. Sama ada lecturer tu tak suka aku, ataupun dia gagal matematik masa sekolah dulu. Aku akan siasat perkara ini sehingga ke lubang ular.

Kawan

Semua orang di dunia ni ada kawan. Seorang loner pun mesti pernah ada kawan. Tipu la kalau dia kata takde. Lain la kalau dari kecik dia tinggal berseorangan dalam gua. Tapi tu tak mungkin jadi, kalau dia sorang, tak mungkin dia hidup sampai sekarang.


Kawan boleh jadi benda paling berharga ataupun benda paling celaka pernah korang jumpa. Selama errr... 16 tahun (konon-kononnya tak nak mengaku dah tua ;b) aku hidup, banyak jenis kawan yang aku dah jumpa, dan yang aku kumpul. Antaranya :

  1. Kawan sama-sama main basikal hari-hari
  2. Kawan tadika
  3. Kawan sekolah rendah
  4. Kawan sekolah serdang
  5. Kawan sekolah teknik
  6. Kawan dekat bintulu
  7. Kawan kenal dekat myspace
  8. Kawan kenal dekat facebook
  9. Kawan yang dikenali melalui bekas-bekas kekasih
  10. Kawan masa senang
  11. Kawan masa susah
  12. Kawan susah dan senang
  13. Kawan yang dah macam adik-beradik sendiri
  14. Kawan lepak-lepak makan roti canai
  15. Kawan dekat studio
  16. Kawan bajet bagus
  17. Kawan dia-sorang-je-hebat
  18. Kawan dia-sorang-je-betul
  19. Kawan bila-dah-susah-baru-cari-kita
  20. Kawan tak mengenang budi
  21. Kawan suka cakap belakang
  22. Kawan makan kawan
Dan macam-macam lagi jenis kawan yang kalau nak list kan, sampai subuh Ahad nanti tak habis. Hari ni aku gembira dan sedih pasal kawan, yang sedih tu malas aku nak cerita. Buat mencemar kesucian blog aku ni je.. HAHA

Aku mahu ucap berjuta-juta terima kasih dekat Kay E sebab sudi beli lukisan aku masa Pesta Konvo hari tu.. Sampai 2 pulak tu. Kau memang gila okaayy. Tapi aku sangat-sangat hargai kesudian kau untuk beli lukisan tu. Terima kasih lagi sekali.


Si Pembeli

Cik Lukisan

Friday, October 15, 2010

Surat Layang Buat Awak

Hai awak, saya tahu sejak kebelakangan ini saya selalu menghadapi masalah. Lepas satu, satu masalah timbul. Orang dulu-dulu kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Saya bukan sahaja ditimpa tangga, malah dihempap konkrit sehingga menyebabkan rasa tawar hati untuk menikmati hidup ini.


Saya sedaya upaya mencuba untuk menjadi kuat. Supaya awak tidak rasa kesusahan yang saya lalui. Tapi saya manusia yang tersangat biasa, yang mempunyai tahap kesabaran yang nipis. Rasa marah saya terhadap dunia ini kadang kala terbawa-bawa sehingga tempiasnya terkena kepada awak.

Saya juga cuba sedaya upaya untuk menutup mulut daripada memberitahu hal-hal tentang diri saya dan kita kepada orang lain. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak memperlihatkan kepada orang lain yang kita sedang menghadapi masa suram. Tapi saya sangat kecewa apabila awak membuka kisah saya, kisah kita kepada orang lain. Saya kecewa apabila kekurangan diri saya awak adukan kepada orang lain.

Kalau awak mahu, awak boleh pergi sahaja kepada si dia. Si dia lebih cantik, lebih manis berbanding saya yang comot dan tidak terurus. Lagipun si dia ada menaruh hati pada awak,tentu senang sahaja jika awak mahu memiliki si dia. Abaikan sahaja saya, ditinggalkan sekali lagi tidak menjadi satu masalah buat saya. Saya sudah lali. Saya tidak akan berdendam dengan awak, dan tidak akan memarahi awak. Beritahu sahaja saya jika awak tidak mahu saya lagi.

Akhir kata, semoga awak dan saya dapat bersama-sama berfikir, apakah yang terbaik buat kita. Semoga awak berbahagia terhadap apa jua pilihan yang awak pilih. Sekian, terima kasih.


Satisfaction

Okay, terpaksa menulis jugak walaupun tiada hati.

Facebook sudah di'activate' akibat dari kekecewaan yang melampau dengan dunia ini.
Dunia ini KEJAM tahuuuuu...!!!!!

Jadi,masa-masa yang kononnya banyak diisi dengan benda yang kurang berfaedah. Antaranya :

  1. Membuka Myspace kembali setelah sekian lama.
  2. Lihat dan baca semua komen-komen karut yang ada di Myspace.
  3. Add entah mana-mana manusia yang sedang online.
  4. Belajar bermain lagu Satisfaction oleh The Rolling Stones.
Nak belajar, tapi start dengan lagu susah dulu.. Konon terer.. Heh,lepas ni mahu belajar Karma Police dari Radiohead pula.


Thursday, October 14, 2010

T.U.T.U.P

AKU,sudah mula merasakn yang blog ini adalah sesuatu yang mengarut

JADI,mulai hari ini sehingga hari aku rasa mahu menulis lagi

BLOG INI SECARA RASMINYA DI TUTUP