BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Friday, October 15, 2010

Surat Layang Buat Awak

Hai awak, saya tahu sejak kebelakangan ini saya selalu menghadapi masalah. Lepas satu, satu masalah timbul. Orang dulu-dulu kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Saya bukan sahaja ditimpa tangga, malah dihempap konkrit sehingga menyebabkan rasa tawar hati untuk menikmati hidup ini.


Saya sedaya upaya mencuba untuk menjadi kuat. Supaya awak tidak rasa kesusahan yang saya lalui. Tapi saya manusia yang tersangat biasa, yang mempunyai tahap kesabaran yang nipis. Rasa marah saya terhadap dunia ini kadang kala terbawa-bawa sehingga tempiasnya terkena kepada awak.

Saya juga cuba sedaya upaya untuk menutup mulut daripada memberitahu hal-hal tentang diri saya dan kita kepada orang lain. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak memperlihatkan kepada orang lain yang kita sedang menghadapi masa suram. Tapi saya sangat kecewa apabila awak membuka kisah saya, kisah kita kepada orang lain. Saya kecewa apabila kekurangan diri saya awak adukan kepada orang lain.

Kalau awak mahu, awak boleh pergi sahaja kepada si dia. Si dia lebih cantik, lebih manis berbanding saya yang comot dan tidak terurus. Lagipun si dia ada menaruh hati pada awak,tentu senang sahaja jika awak mahu memiliki si dia. Abaikan sahaja saya, ditinggalkan sekali lagi tidak menjadi satu masalah buat saya. Saya sudah lali. Saya tidak akan berdendam dengan awak, dan tidak akan memarahi awak. Beritahu sahaja saya jika awak tidak mahu saya lagi.

Akhir kata, semoga awak dan saya dapat bersama-sama berfikir, apakah yang terbaik buat kita. Semoga awak berbahagia terhadap apa jua pilihan yang awak pilih. Sekian, terima kasih.


0 dinosaur mengaum: